Visi dan Misi
Visi
Menjadi suara utama mahasiswa yang proaktif, progresif dan berwibawa dalam memperjuangkan kebajikan serta memperkasakan kepimpinan berteraskan nilai MADANI.
Misi
Menjadi penghubung efektif antara mahasiswa dan pihak pengurusan universiti dalam menyuarakan isu kebajikan, hak, dan keperluan pelajar.
Misi
Membela Hak & Kebajikan Mahasiswa
Menjadi penghubung efektif antara mahasiswa dan pihak pengurusan universiti dalam menyuarakan isu kebajikan, hak, dan keperluan pelajar.
Memperkasa Komuniti Kampus Inklusif
Menggalakkan budaya toleransi, hormat-menghormati dan keterangkuman (inclusivity) dalam kalangan warga kampus.
Membangun Kepimpinan Berkualiti
Menyediakan platform pembangunan sahsiah, bakat dan kepimpinan kepada mahasiswa melalui pelbagai program dan inisiatif.
Menerapkan Nilai Malaysia MADANI
Memupuk nilai kemanusiaan, kesejahteraan, dan kemajuan berasaskan prinsip Malaysia MADANI dalam segenap program dan urus tadbir MPP.
Meningkatkan Keterlibatan Mahasiswa
Menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam hal ehwal kampus melalui inisiatif keterlibatan dua hala, forum, dan sesi dialog terbuka.
