Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Sesi 2024/2025

Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu Sesi 2024/2025

Pada 2 Disember 2024, pembentukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT bagi sesi 2024/2025 disempurnakan oleh YBrs. Tuan Akmal Zharif Ahmad Kamal, Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan Tinggi. Saudara Muhammad Aqasha Mukris bin Zainuri dilantik sebagai Yang Dipertua, manakala Saudara Akshay Kumar A/L Ashok dan Saudari Nur Suriati binti Ruslan sebagai Naib Yang Dipertua 1 dan 2. Kepimpinan MPP kali ini mengangkat moto “Kepimpinan Prihatin, Perintis Aspirasi” untuk memperkasakan kebajikan dan pembangunan mahasiswa.