Kata Aluan

Pengenalan Ringkas Organisasi

Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) merupakan suara rasmi mahasiswa/i dalam menyampaikan pandangan, menjaga kebajikan dan memperjuangkan kepentingan pelajar.

Kata Aluan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2024/2025

Muhammad Aqasha Mukris Bin Zainuri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan peluang untuk menyampaikan kata aluan bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu (MPP UMT) sesi 2024/2025.

Kami berbesar hati untuk menjadi penghubung antara mahasiswa/i dan pihak pengurusan universiti, serta berperanan dalam membawa suara dan harapan rakan-rakan mahasiswa agar sentiasa diberi perhatian.

MPP UMT komited untuk menerajui kepimpinan yang prihatin, dinamik dan inklusif seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI dan budaya kepimpinan mahasiswa yang progresif.

Kami juga mengalu-alukan pandangan, cadangan dan kerjasama dari semua pihak demi kesejahteraan dan kecemerlangan komuniti kampus.

Semoga dengan doa dan sokongan semua, kita dapat bersama-sama mencorakkan UMT sebagai kampus yang cemerlang dan harmoni.

Sekian, terima kasih.